fbpx

PRN Sarawak: Lima daerah baharu diwujudkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abang Johari (tiga dari kiri) ketika melancarkan Gedong sebagai sebuah daerah di sini tadi.

SIMUNJAN- Lima kawasan di negeri ini dinaik taraf sebagai daerah baharu dalam usaha memantapkan lagi penyampaian perkhidmatan kepada penduduk Sarawak.

Daerah baharu itu melibatkan Siburan di bahagian Serian, Gedong dan Sebuyau di Samarahan serta Lingga dan Pantu di Sri Aman.

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg berkata, penubuhan lima daerah baharu itu dilaksanakan kerajaan negeri berdasarkan kajian terperinci yang telah dibuat.

“Bagi memantapkan perkhidmatan kepada rakyat, kerajaan negeri melaksanakan kajian mengenai kebolehpelaksanaan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Maka lima pusat daerah baharu diwujudkan meliputi bahagian Samarahan, Serian dan Sri Aman,” katanya ketika berucap menyempurnakan Majlis Pelancaran Gedong sebagai daerah baharu di sini tadi.

Dalam pada itu, mengulas mengenai Gedong yang dinaik taraf sebagai daerah, Abang Johari berkata, kawasan itu bakal mempunyai infrastruktur dan pentadbiran lebih terperinci.

“Gedong juga akan mempunyai satu pendekatan pembangunan melalui Agensi Pembangunan Wilayah Bersepadu Samarahan (IRSDA) yang akan membangunkan daerah di Samarahan termasuk di Gedong.

“Maka Gedong bakal menjadi kawasan pinggiran bandar secara tidak langsung seterusnya meningkatkan taraf hidup penduduk,” jelasnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI