fbpx
Ismail Sabri beramah mesra dengan ahli-ahli Koperasi Pekebun Kecil Daerah Beea di Dewan Masjid Nurulsalam Kampung Batu Papan di Bera hari ini.

PM kesal dakwaan penceramah bebas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BERA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kesal dengan tindakan seorang penceramah bebas yang membuat dakwaan melulu dan tidak berasas mendakwa ayam beku yang diimport dari Thailand dan China ke negara ini tidak halal.

Beliau berkata berita palsu tanpa usul periksa berkenaan adalah tidak benar sama sekali memandangkan aspek halal dan kebersihan produk makanan yang dibawa masuk ke Malaysia sentiasa diberi keutamaan oleh kerajaan.

“Saya pun tidak faham ada penceramah agama membuat cerita bukan bukan tanpa usul periksa kononnya ayam daripada Thailand dan China tidak halal.

“Jadi kalau diimport daripada China atau Thailand sekali pun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan siasat bukan sahaja sembelihan tetapi kebersihan yang menjadi syarat utama,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi Pekebun Kecil Daerah Bera di Dewan Masjid Nurulsallam Kampung Batu Papan di sini, hari ini.

Baru-bari ini tular video seorang penceramah bebas dalam media sosial yang mendakawa loji-loji ayam Thailand dan China yang mengeksport produk ayam ke Malaysia telah tamat tempoh dan tidak halal.

Menurut Ismail Sabri setiap produk makanan termasuk ayam dan daging yang diimport daripada luar akan dipastikan benar-benar halal dan bersih sebelum dikeluarkan pengesahan sijil halal untuk pasaran negara ini.

Katanya, pihak Jakim dan veterinar akan melakukan siasatan yang terperinci di pusat sembelihan serta tempat pemprosesan sebelum siji halal dikeluarkan untuk dieksport ke negara ini.

“Contohnya untuk import daging lembu yang murah saya pernah cuba membawa masuk dari Sudan tetapi bila Jakim dan veterinar dapati kilang tidak bersih akhirnya kilang tersebut tidak dibenarkan sampai sekarang walaupun ia negara Islam yang memang halal sembelihan.

“Sekarang ini halal bukan setakat sembelihan, bukan sahaja sijil kilang bersih tetapi pengangkutan kena halal, sampai tahap pengangkutan maknanya tidak ada barang lain tak halal,”ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN