fbpx

Penyanyi Saida bergelar isteri buat kali ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOMEN bahagia Saida dan suaminya ketika melangsungkan resepsi bagi meraikan perkahwinan mereka di sebuah hotel siang tadi.

PETALING JAYA – Penyanyi Siti Norsaida atau Saida selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihan hatinya dalam sebuah majlis yang berlangsung hari ini.

Majlis pernikahan Saida, 46, dan suaminya yang dikenali sebagai Aizal diadakan di sebuah lokasi dengan menyaksikan penyanyi itu menerima mas kahwin sebanyak RM200.

Hari bahagia Saida turut dikongsikan oleh adiknya iaitu penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi Instagram.

Dalam perkongsian Siti, Saida, 46, dan suaminya diraikan dalam sebuah majlis resepsi berlangsung di sebuah hotel di ibu kota.

Dalam video-video yang dimuat naik Siti menerusi InstaStory, kakaknya itu kelihatan anggun mengenakan sepasang gaun pengantin berwarna putih, sementara suaminya pula memakai sut hitam putih.

Bagaimanapun, identiti dan maklumat lanjut tentang suami Saida tidak dikongsikan.

Pada majlis tersebut, pasangan pengantin turut dihiburkan dengan persembahan daripada anak saudaranya iaitu anak kepada Siti Sairah, Ummi Umairah.

Untuk rekod, ini merupakan perkahwinan ketiga Saida selepas dua kali pernah mendirikan rumah tangga.

Dia yang pernah muncul dengan single Sedalamnya Cinta mendirikan rumah tangga buat pertama kali pada Disember 1996 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Siti Nurunnyssa, Anas, Khalid dan Siti Nurul Mashitah.

Bagaimanapun, perkahwinan tersebut terlerai pada 7 Oktober 2011.

Saida kemudian mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama seorang ahli perniagaan, Hafiizh Che Mat pada 2016, namun mahligai yang dibina juga menemui perpisahan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI