fbpx

Nafiez Zaidi basuh luka lama saya – Fify Azmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FIFY mengakui selesa digelar sebagai kekasih kepada Nafiez sekali gus tidak menolak untuk membawa hubungan ke fasa seterusnya jika ada jodoh.

PETALING JAYA – Pelakon yang sedang meningkat naik, Fify Azmi selesa digelar sebagai kekasih kepada Nafiez Zaidi, juga seorang pelakon, sekali gus tidak menolak untuk membawa hubungan ke fasa seterusnya jika ada jodoh.

“Kami tidak tolak untuk ke arah tersebut (pernikahan) kalau sudah tiba masa dan waktunya. Tapi buat masa ini, biarlah kami kenal hati budi masing-masing dahulu.

“Siapa nak tolak jodoh kan kalau betul sudah sampai pada kita,” kata Fify kepada Kosmo! menjawab desas-desus keintiman hubungannya bersama pelakon filem Ada Hantu itu.

Fify atau nama sebenarnya Nur Afiqah Mohamed Azmi, 31, menyifatkan kehadiran Nafiez bagaikan sinar baharu untuk membasuh episod cinta luka dalam hidupnya.

“Selepas melalui putus cinta lebih setahun lalu, saya nak mulakan fasa hidup baharu dan menggembirakan diri bersama teman-teman.

“Jujur kata, kehadiran dia buatkan saya lebih terbuka dan berani untuk bercinta semula. Dia pandai jaga saya, dia tahu apa yang saya suka atau tidak dan kita dapat lihat kejujuran serta keihklasannya,” ujarnya yang kini sibuk dengan penggambaran sebuah drama baharu.

Mengakui selesa berkawan rapat dan sedang dalam proses mengenali hati budi Nafiez, Fify sebenarnya sudah mengenali lelaki itu sejak sekitar setahun lalu.

Mereka mula rapat ketika digandingkan bersama menerusi sebuah filem pada pertengahan tahun ini.

“Jujur kata, saya memang selesa dan mengecap kebahagiaan bila bersama dengan dia (Nafiez). Bagi saya dia lelaki yang tidak fake (palsu), pandai dan baik hati selain mudah untuk dikenali.

“Kami berdua masih lagi dalam fasa perkenalan dan mengenali hati budi masing-masing. Keluarga kami juga tahu akan hubungan ini, cuma belum ada waktu untuk bersua muka,” katanya.

Terdahulu kehadiran Fify bersama Nafiez pada Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila pasangan itu didakwa saling berpegangan tangan dan dikatakan sedang hangat menjalin cinta.

Menerusi anugerah berprestij tersebut, Fify yang baharu saja dua tahun dalam industri lakonan tidak pernah menyangka dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori Pelakon Harapan Wanita FFM31 menerusi filem Wira. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI