KUANTAN – Dua jam dikurung di dalam sebuah bilik diibaratkan berada dalam ‘neraka’ oleh empat pelajar apabila mereka dijadikan seperti ‘karung tinju’ oleh sekumpulan lapan senior yang membelasah mereka selepas berang dengan tindakan mangsa menonton video melalui telefon bimbit. Kejadian itu didakwa berlaku pada Jumaat minggu lalu apabila kesemua mangsa berusia 14 tahun itu dikurung di dalam bilik sebelum dipukul, ditumbuk, disepak serta dikenakan hukuman rotan oleh sekumpulan pelajar tingkatan empat dan lima. Salah seorang ibu mangsa yang ingin dikenali……














