fbpx

‘Bayar mahal, tengok bunga mati’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pengguna Twitter berkongsi gambar keadaan salah satu tempat tarikan di Cameron Highland yang hanya dipenuhi dengan tanaman mati.

PETALING JAYA – Percutian hujung minggu sering dipenuhi dengan aktiviti yang menarik terutamanya mengunjungi tempat-tempat popular bersama keluarga dan rakan-rakan.

Namun, tidak semua tempat yang popular mampu memberi pemandangan yang diinginkan.

Menerusi perkongsian @ZackAvaricious di laman Twitternya, beberapa gambar telah dimuat naik memaparkan keadaan salah satu tempat popular yang tular di media sosial sebelum ini hanya seperti kata pepatah ‘indah khabar dari rupa’.

Menurutnya, dia yang pada awalnya sangat teruja untuk pergi berkunjung ke kawasan tersebut, namun terus kecewa apabila pemandangan pokok mati yang dilihatnya.

“0.5/10. Taman pokok mati, kami bayar RM100 untuk hanya pemandangan seperti ini,” ciapnya.

Sementara itu, rata-rata pengguna lain turut terkejut dengan keadaan terkini kawasan itu kerana ia pernah tular disebabkan mempunyai variasi bunga hidup yang cantik.

“Oh tidak, semasa pembukaan sangat cantik. Ini sejenis orang nak berniaga, dia pun nak berniaga, tapi tiada ilmu yang cukup. Tanam semua jenis bunga, tapi tak pandai jaga,” kata @Harizakwan.

“Kalau harga sedemikian tapi rupa pemandangannya sangat teruk, memang tak kan pergi berkunjung,” kata @Ashkylmc.

“Terima kasih sebab kongsikan dengan kami, supaya tak kena tipu nanti. Bayar mahal, pemandangan murah,” kata @drlngdalina. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI