fbpx

ADUN Pasir Pinji rayu penduduk bergejala jalani saringan, kuarantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota sukarelawan melakukan kerja-kerja sanitasi di Pasar Pasir Pinji, Ipoh baru-baru ini.

IPOH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pinji, Howard Lee bimbang apabila terdapat dakwaan segelintir peniaga pasar dan penduduk ingkar serta enggan hadir menjalani ujian saringan Covid-19.

Menurutnya, ia susulan pengesanan kes positif Covid-19 di Pasar Pasir Pinji yang menyebabkan premis berkenaan diarah tutup oleh Majlia Bandaraya Ipoh (MBI) selama dua hari sehingga hari ini.

Menerusi hantaran pada laman Facebook rasmi beliau, Howard memberitahu, beberapa individu telah dikesan positif setelah pengesana dilakukan termasuklah peniaga-peniaga di Pasar Pasir Pinji.

Katanya, ekoran itu pihaknya telah menasihatkan mereka yang dikesan positif menjalani kuarantin kendiri serta mendapatkan ujian pengesahan di pusat penilaian Covid-19 berdekatan.

“Pihak MBI telah mengarahkan penutupan sementara Pasar Pasir Pinji selama dua hari, namun terdapat tentangan daripada segelintir peniaga.

“Selain itu juga, pejabat saya ada menerima laporan terdapat beberapa peniaga yang merupakan kontak rapat atau serumah dengan pesakit disahkan positif ini masih terus berniaga seperti biasa.

“Ada juga yang bergejala tetapi tidak berani menjalani saringan dan ujian. Ada juga yang dikesan positif melalui saringan kendiri tetapi enggan menawarkan diri untuk ujian pengesahan,’ ujarnya dalam hantaran tersebut.

Bagaimana pun katanya, sebagai wakil rakyat beliau harus menjalankan tanggungjawab untuk mendapatkan kerjasama penduduk agar mengambil langkah yang sepatutnya.

“Saya menyeru, supaya sesiapa yang mempunyai sebarang gejala dalam Pasir Pinji, untuk menghubungi kami samada melalui WhatsApp, Facebook atau telefon.

“Saya mohon maaf kerana menyumbang kepada terbantutnya rezeki segolongan kecil, tetapi saya juga mempunyai tanggungjawab bagi menjaga keselamatan dan kebajikan penduduk lain,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI