fbpx

MPKB-BRI tawar diskaun 50 peratus kompaun parkir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KOTA BHARU – Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) menerusi Syarikat Vista Summerose (Kota Bharu) Sdn. Bhd. menawarkan diskaun kompaun sebanyak 50 peratus bermula 1 hingga 31 Disember ini.

Yang Dipertua MPKB-BRI, Tuan Zainal Abdidin Tuan Yusuf berkata, tawaran itu hanya untuk kompaun pakir yang bernilai RM100 sahaja.

“Orang ramai boleh membuat bayaran kompaun sebanyak 50 peratus itu yang dikeluarkan oleh Syarikat Vista Summerose.

“Urusan pembayaran dan semakan boleh dibuat dengan menggunakan aplikasi City Car Park di setiap kios dan kaunter City Car Park,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurutnya, diskaun itu merupakan tawaran yang pertama dijalankan kepada pemilik kenderaan yang mempunyai kompaun tersebut.

Katanya, kutipan kompaun yang terkumpul bermula 1 Disember lalu sehingga semalam adalah sebanyak 5,190 keping dengan jumlah bayaran RM112,330.

Tambahnya, selain itu pengguna kenderaan sebelum 15 Oktober 2018 yang mempunyai tunggakan bayaran tempat letak kereta dengan MPKB-BRI hanya perlu membayar kompaun RM5 untuk satu kesalahan.

Maklumat lanjut boleh hubungi talian 09-7461677 atau WhatsApp ke 012-355 8672.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI