fbpx

Sungai jadi hijau angkara pencelup pewarna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Sungai Kechau Tui yang kembali normal selepas bertukar warna hijau di Lipis kelmarin.

LIPIS – Persoalan mengenai fenomena air sungai Kechau Tui di sini yang bertukar menjadi warna hijau terjawab apabila ia didapati berpunca daripada pencemaran sebuah premis berhampiran yang didapati membuang sisa industri melalui longkang buangan ke sungai.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar Pahang, Mohd. Sani Mat Daud berkata, susulan itu pihaknya telah mengeluarkan kompaun sebanyak RM20,000 dan turut membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 25 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

“Berdasarkan siasatan terdapat ‘outfall’ dari premis tersebut yang merupakan punca air biru, ia disambungkan dari satu longkang di belakang bangunan pemprosesan yang menjadi tempat membilas bekas (dye biru) pencelup pewarna biru yang telah habis.

“Berdasarkan pegawai kilang berkenaan sebanyak dua bekas (pencelup pewarna biru) telah dibilas yang menyebabkan air biru masuk ke sungai,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Mohd. Sani berkata, berdasarkan pemerhatian susulan di Sungai Jelai berhampiran Kampung Seberang Jelai di sini mendapati kesan air biru telah pun hilang.

Katanya, pemantauan terus dilakukan tindakan periundangan akan dibuat serta kes ini juga disiasat lanjut di bawah Peraturan-Peraturan Alam Sekeliling (Effluen Perindustrian) 2009.

Hari ini Kosmo! melaporkan lebih 1,000 penduduk Kampung Kechau Tui di sini gempar selepas air sungai di kampung berkenaan bertukar menjadi hijau secara tiba-tiba sejak kelmarin.

Perubahan itu menyebabkan ramai penduduk terkejut dan tidak melepaskan peluang melihat sendiri ‘keanehan’ warna air sungai yang mengalir ke Sungai Jelai berkenaan.

Seorang penduduk Kampung Kechau Tui, Azman Ismail,55, berkata, kejadian kali pertama yang mengejutkan itu melibatkan sungai sepanjang tiga kilometer dan disedari penduduk pada awal pagi. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI