fbpx

Ribuan serbu kaunter JPJ, PDRM untuk bayar saman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ORANG ramai sanggup beratur sejak awal pagi untuk membayar saman JPJ dan PDRM pada program 100 Hari Aspirasi #Keluarga Malaysia, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR – Kaunter saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini semalam, diserbu orang ramai sejak pukul 9 pagi.

Difahamkan, sebanyak lapan kaunter dibuka JPJ dan PDRM di dalam dewan pameran pusat tersebut dan beberapa lagi kiosk di buka di luar pekarangan KLCC menerusi kaunter bergerak.

Tinjauan Kosmo! mendapati kesemua kaunter dipenuhi orang ramai yang berbaris panjang sejak awal pagi.

Seorang pengunjung dikenali sebagai Azhari, 44, berkata, dia sanggup datang dari Shah Alam semata-mata untuk menyelesaikan saman lampau.

“Saya sanggup mengambil cuti hari ini (semalam) semata-mata untuk datang bayar saman. Saya tidak sangka orang ramai dah mula berbaris kira-kira pukul 9 pagi.

“Jika saya lihat hari ini (semalam) paling ramai orang serbu adalah kaunter PDRM dan JPJ, mungkin ramai yang tidak mahu melepaskan peluang mendapatkan diskaun saman,” katanya yang menikmati diskaun sehingga 80 peratus saman yang perlu dibayar.

Seorang lagi pengunjung, Siti Azila Rahman, 30, berkata, dia tiba di KLCC kira-kira pukul 9 pagi untuk tujuan sama.

“Walaupun antara orang yang terawal tiba di KLCC, saya hanya dapat membayar saman selepas lebih sejam beratur.

“Saya ingats udah awal, tiada orang lagi. Walaupun terpaksa beratur saya bersyukur kerana sudah berjaya melunaskan saman kenderaan,” ujar suri rumah itu.

Terdahulu, JPJ dalam satu kenyataan berkata, selain kaunter di KLCC, pembayaran saman boleh dibuat di semua Pejabat Negeri, Cawangan JPJ dan UTC JPJ di seluruh negara serta melalui portal mySIKAP JPJ.

PDRM juga memaklumkan, pembayaran kompaun boleh dibuat di kaunter PDRM di KLCC, kaunter bayaran saman trafik ibu pejabat polis daerah dan ibu pejabat polis kontinjen, serta aplikasi Mybayarsaman sepanjang tempoh empat hari AKM.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI