fbpx

Pemuda UMNO persoal pelantikan DNB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asyraf Wajdi meminta Tengku Zafrul menjelaskan kewajaran syarikat DNB dilantik.

PETALING JAYA – Pemuda UMNO mempersoalkan kewajaran pelantikan Digital Nasional Berhad (DNB) sebagai syarikat yang telah dipertanggungjawabkan untuk menerajui pelaksanaan projek 5G negara.

Ketuanya, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz perlu menjelaskan kewajaran syarikat itu dilantik.

“Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia memandang serius kenyataan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia yang mendakwa Menteri Kewangan melantik sebuah syarikat bernama DNB yang tiada pengalaman dan infrastruktur untuk mengendalikan teknologi 5G dengan kos mencecah RM11 billion.

“Menurut Timbalan Menteri yang menjawab di Parlimen kelmarin pelantikan itu juga dibuat secara tiba-tiba tanpa perbincangan terlebih dahulu dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM),” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook hari ini.

Tambah Asyraf, dua persoalan besar yang yang perlu diberikan penjelasan segera oleh Menteri Kewangan.

“Pertama, bagaimana proses pelantikan sebuah syarikat yang tidak berpengalaman boleh dibuat tanpa perbincangan dengan pihak Kementerian yang bertanggungjawab memastikan kesempurnaan pembangunan teknologi 5G.

“Selain itu, bagaimanakah proses penilaian dan tender dibuat apabila melibatkan peruntukan sebesar RM11 billion,” jelasnya.

Sementara itu, beliau berharap segala projek yang diluluskan demi kepentingan rakyat perlu dibuat mengikut prinsip ketelusan dan tadbir urus yang baik, bebas daripada sebarang bentuk penyimpangan dan penyelewengan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI