fbpx

Spritzer menang anugerah jenama terbaik 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Spritze diiktiraf sebagai jenama terbaik negara bagi kategori air.

PETALING JAYA – Spritzer Malaysia (Spritzer) memenangi anugerah kebangsaan bagi kategori air di Anugerah Penjenamaan Dunia – Jenama Terbaik 2021-2022 anjuran World Branding Forum pada 25 November lalu.

Pengeluar air mineral terkemuka itu dalam satu kenyataan berkata, anugerah yang berlangsung secara maya itu menyaksikan lebih daripada 5,300 jenama dari lebih 60 negara dicalonkan dalam pelbagai kategori, dengan 500 jenama memenangi anugerah, yang ditetapkan mengikut tiga kategori iaitu global, serantau dan kebangsaan.

“Spritzer berbangga kerana sekali lagi memenangi anugerah ini.

“Kejayaan ini merupakan pengesahan penting kepada populariti, kepercayaan pelanggan dan pengguna setia jenama Spritzer, saya ingin mengambil peluang ini untuk menyampaikan penghargaan serta  terima kasih atas segala sokongan padu yang diberikan.

“Syarikat sentiasa berusaha mengekalkan kualiti air mineral semula jadi yang kaya silika daripada punca air dalam tanah di kawasan seluas 330 ekar (133 hektar) yang terletak di kawasan hutan hujan tropika di Taiping, Perak,” kata Pengarah Spritzer, Dr. Chuah Chaw Teo.

Air Mineral Semula Jadi Spritzer sebelum ini turut dianugerahkan tiga bintang oleh panel-panel profesional pakar penguji rasa terdiri daripada cef dan sommeliers bagi Anugerah Superior Taste 2021, anjuran International Taste Institute yang berpangkalan di Brussels.

Untuk mendapatkan penilaian tiga bintang, semua produk hendaklah mencapai markah keseluruhan melebihi 90 peratus dan dianggap produk luar biasa oleh 200 ahli juri dari 20 negara yang telah dipilih dengan teliti berdasarkan pengalaman mereka sebagai penguji rasa. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI