fbpx

Isteri nekad mahu kahwinkan suami curang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suami dan teman wanitanya menangis dan memohon maaf sambil memberitahu bahawa mereka enggan dikahwinkan. – TikTok

JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia menjadi sensasi internet ekoran tindakannya yang nekad mahu mengahwinkan suaminya dengan perempuan simpanan lelaki tersebut selepas mendapat tahu mengenai kecurangan mereka, lapor laman berita Berita Hits.

Berdasarkan satu klip video yang dikongsikan di TikTok, wanita berkenaan mendedahkan bahawa dia baru sahaja mengetahui kisah kecurangan suaminya yang sudah dua tahun menjalin hubungan sulit dengan wanita lain.

“Suami mempunyai perempuan simpanan selama dua tahun, saya baru tahu. Selama 13 tahun pernikahan saya, insya Allah saya ikhlas,” tulisnya pada keterangan video tersebut.

Wanita itu kemudiannya memberitahu mengenai cara dia berdepan dengan keadaan tersebut dengan mengambil pendekatan berbeza berbanding kebanyakan wanita lain.

“Cara saya menghadapi mereka. Merampas kembali (tidak), merebut suami (tidak), menangis (tidak),” tulisnya.

Dia kemudiannya berkongsikan klip rakaman yang menunjukkan dia pergi menemui suami dan teman wanitanya serta menyuruh mereka berkahwin.

“Menemui keluarganya (ya), minta kahwinkan mereka (ya), minta wakil penduduk halalkan mereka (ya),” tulisnya.

Suami wanita berkenaan turut dilihat terduduk dan memohon maaf daripadanya sambil menangis.

Teman wanitanya turut menangis serta meminta maaf daripada wanita tersebut dan memberitahu bahawa dia enggan dikahwinkan.

Video itu menjadi tular dengan ramai netizen memberikan pelbagai pendapat mengenai kisah tersebut.

“Sudah diberi kebenaran, tidak mahu berkahwin pula sedangkan mereka telah dipermudahkan untuk bersama,” kata seorang netizen.

“Puan ternyata seorang wanita yang hebat. Anda layak untuk bersama dengan lelaki yang lebih baik,” kata seorang pengguna lain. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN