fbpx

Gagal seludup tiga tan daun ketum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob (dua dari kanan) menunjukkan sebahagian daun ketum yang dirampas Batalion 1 PGA di Jalan Kuala Kedah pada semalam.

BUKIT KAYU HITAM – Batalion 1 Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, Perak berjaya menggagalkan cubaan menyeludup lebih tiga tan daun ketum bernilai RM96,000 ke Thailand di Jalan Kuala Kedah di sini semalam.

Penolong Pegawai Pemerintahnya, Deputi Superintendan Ayob Ismail berkata, pasukan risik Kompeni D Batalion 1 terserempak dengan lori dipandu seorang lelaki berusia lingkungan 30-an dalam keadaan mencurigakan pada pukul 11.45 malam.

“Pemandu lori yang berasal dari Kubang Rotan itu kemudian diarah memberhentikan kenderaan untuk pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan ke atas lori itu menemui sebanyak 320 bungkusan plastik hitam mengandungi daun ketum,” katanya pada sidang akhbar di Kompleks Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) di sini hari ini.

Menurutnya, pemandu terbabit ditahan dan kesemua bungkusan berisi daun ketum itu dibawa ke pejabat PGA Bukit Kayu Hitam untuk tindakan lanjut.

“Kita percaya daun ketum ini dibawa dari daerah Padang Terap dan menuju ke Kuala Kedah untuk diseludup ke negara jiran menggunakan laluan laut.

“Modus operandi yang digunakan juga sudah berubah kerana sebelum ini mereka menggunakan motosikal atau kereta tetapi sekarang menggunakan kenderaan perdagangan iaitu lori untuk menyeludup daun ketum,” katanya.

Tambahnya, permintaan terhadap daun ketum semakin meningkat namun disebabkan pagar sempadan dikawal ketat, penyeludup menggunakan pelbagai cara untuk menyeludup.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI