fbpx

Status MySejahtera Rosmah jingga, bicara ditangguh Jumaat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosmah.

KUALA LUMPUR – Perbicaraan kes rasuah Datin Seri Rosmah Mansor di Mahkamah Tinggi di sini ditangguhkan sehingga Jumaat ini kerana status MySejahteranya berwarna jingga yang menunjukkan beliau mempunyai kontak dengan Covid-19.

Peguam Datuk Jagjit Singh yang mewakili beliau berkata, anak guamnya hadir bagi mengikuti prosiding hari ini namun status terkini MySejahteranya menyebabkan beliau tidak dibenarkan memasuki kawasan mahkamah.

Menurut peguam bela, beliau dimaklumkan bahawa kod warna pada status MySejahtera Rosmah berwarna jingga manakala suaminya, Datuk Seri Najib Tun Razak berwarna merah.

Bagaimanapun, ketika ditanya Hakim Mohamed Zaini Mazlan sama ada bekas Perdana Menteri positif Covid-19, Jagjit menyatakan beliau tidak pasti mengenai perkara itu.

Ketika kes disebut di hadapan hakim berkenaan, Rosmah sedang menunggu di dalam kereta di pekarangan kompleks mahkamah.

Hakim Mohamed Zaini kemudian menangguhkan perbicaraan dan mengarahkan peguam itu memastikan Rosmah mengemaskini status MySejahtera beliau pada Jumaat ini.

“Jumaat ini peguam tetap perlu hadir di mahkamah dan maklumkan kepada saya. Jika statusnya berwarna biru, perbicaraan akan didengar seperti yang telah ditetapkan,” ujar beliau.

Mahkamah sepatutnya menyambung kes pembelaan pada perbicaraan terhadap Rosmah, 69, atas pertuduhan meminta rasuah RM187.5 juta dan menerima RM6.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar hibrid di sekolah luar bandar di Sarawak.

Pada perbicaraan lalu, mahkamah membenarkan pernyataan Rosmah yang dirakam ketika siasatan kes pengubahan wang haram, digunakan untuk mencabar kredibiliti beliau pada perbicaraan kes rasuah projek solar. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI