fbpx

Sayap Bagimu Fasa 2 sumbang 2,000 tablet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RADZI (lima dari kanan) pada majlis penyerahan tablet kepada pelajar di Jitra, Kedah baru-baru ini.

PETALING JAYA – Inisiatif Sayap Bagimu Fasa 2 anjuran Yayasan AEON Malaysia (MAF) telah ­menyumbang 2,000 lagi tablet Samsung Galaxy Tab bernilai RM1 juta yang ditaja oleh AEON Credit Service (M) Berhad.

Tablet tersebut diserahkan kepada pelajar Tingkatan Tiga dari keluarga berpendapatan rendah di Kedah, Perlis, Perak, Se­langor, Putrajaya, Kelantan, Melaka, Johor and Sabah.

Sama seperti Sayap Bagimu Fasa 1, sumbangan tersebut lengkap dengan sambungan internet unifi Mobile dan kelas tuisyen online.

Penyerahan sumbangan di­sempurnakan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin di Institut Pendidikan Guru Malaysia (Kampus Darulaman) di Jitra, Kedah baru-baru ini.

Pada majlis tersebut, MAF turut menyerahkan sumbangan 500,000 keping pelitup muka kepada Yayasan Didik Negara bernilai RM60,000 untuk diagihkan kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah.

Presiden MAF, Datin Noryahwati Mohd. Noh berkata, pihak yayasan amat berbesar hati ke­rana berpeluang membantu pelajar kurang bernasib baik dan melengkapkan mereka dengan peralatan untuk membantu pro­ses pembelajaran.

“Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, pengetua dan guru-guru yang terlibat atas sokongan dan kerjasama mereka.

“Turut terlibat menjayakan misi ini adalah Yayasan TM, Yayasan Peneraju dan Yayasan Sukarelawan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Pengerusi AEON Credit Service (M) Berhad, Ng Eng Kiat berkata, sebagai syarikat yang mengutamakan komuniti, pihaknya gembira kerana diberi peluang menyertai inisiatif Sayap Bagimu.

“Inisiatif ini selari dengan u­saha syarikat untuk menyokong matlamat pembangunan lestari Pertumbuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, iaitu mempromosikan peluang pendidikan untuk semua,” katanya.

Menerusi Sayap Bagimu Fasa 1, sebanyak 2,000 tablet telah diagihkan kepada pelajar Tingkatan Lima daripada keluarga kurang berkemampuan melibatkan sebanyak 92 buah sekolah di Kuala Lumpur, Se­langor, Johor, Negeri Sembilan, Kelantan, Perak dan Sarawak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI