fbpx

Pulanglah Nur Haisyah ke pangkuan keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Haisyah yang menghilang diri dari rumah di Kampung Pengkalan Binjai, Chukai, dekat sini sejak 19 November lalu.

KEMAMAN – Seorang gadis berusia 22 tahun yang hilang sejak hampir sebulan lalu dirayu agar pulang semula ke pangkuan keluarga di Kampung Pengkalan Binjai, Chukai di sini.

Kakak sulung gadis itu, Nur Hasyimah Hashim, 28, berkata, kehilangan Nur Haisyah, 22, sejak 19 November lalu disedari selepas dia menghantar mesej pelik menerusi aplikasi WhatsApp kepada ibu mereka, Mahani Ibrahim, 48.

“Berdasarkan mesej itu, dia meminta maaf kepada ibu dan berjanji akan balik (ke rumah) apabila sudah tenang.

“Kami keliru kerana hubungan ahli keluarga lain dengan adik saya (Nur Haisyah) amat baik malah dia ceria bersembang dengan kami pada malam sebelum kehilangannya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Nur Hasyimah berkata, Nur Haisyah telah meninggalkan rumah sehelai sepinggang dan tidak membawa beg duit selain telefon bimbitnya juga kini sudah tidak aktif.

Tambahnya, mereka juga pelik pada malam kehilangan adiknya, pintu dan pagar rumah mereka juga berkunci rapi.

“Sebenarnya kami syak mesej dihantar adik (Nur Haisyah) kepada ibu itu bukan dia yang hantar kerana gaya penulisannya berbeza,” katanya.

Nur Hasyimah berkata, orang ramai yang mengenali atau terjumpa dengan adiknya, boleh menghubunginya di talian 01159094857 atau 018-3773313. – K! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI