fbpx

Pemandu kereta rempuh remaja hingga melambung atas bumbung direman 4 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandu kereta Honda Civic (tengah) yang merempuh remaja hingga parah dibawa ke Mahkamah Majistret Bachok hari ini untuk prosiding mendapatkan perintah reman.

BACHOK – Seorang lelaki direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes kemalangan melibatkan pembantu kedai yang melambung sehingga ke atas bumbung sebuah bengkel di Jalan Permatang Piah-Kampung Kolam, Pak Badol, di sini semalam.

Perintah reman terhadap suspek yang berusia 36 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Mohd. Fauzan Mohd. Suhairi di Mahkamah Majistret Bachok, di sini hari ini.

Tahanan reman sehingga Sabtu ini ditetapkan terhadap suspek bagi membolehkan kes disiasat mengikut Seksyen 44(1A)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama.

Kosmo! Online semalam melaporkan, kejadian pada pukul 11.45 pagi itu menyebabkan mangsa, Wan Mohamad Sabaruddin Wan Zakaria, 19, patah paha kiri dan tangan kiri selepas motosikal jenis Yamaha LC yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, siasatan awal mendapati, kereta jenis Honda Civic yang dipandu lelaki berusia 36 tahun itu dipercayai cuba memotong sebuah kereta jenis Perodua Kancil sebelum merempuh motosikal mangsa yang berada di laluan bertentangan.

Menurutnya, insiden itu menyebabkan mangsa melambung ke atas bumbung sebuah bengkel di sebelah kiri jalan sebelum dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian di sini untuk menerima rawatan.

“Pemeriksaan pada tubuh badan lelaki itu turut menemui dadah dipercayai heroin seberat tiga gram dan 102 biji pil kuda bernilai RM3,020.

“Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan mempunyai tujuh rekod kes dadah,” katanya. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI