fbpx

Malaysia serius pastikan pembangunan infrastruktur untuk masyarakat luar bandar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Mahdzir Khalid.

PUTRAJAYA – Malaysia mengambil serius terhadap kepentingan pembangunan infrastruktur termasuk capaian internet kepada masyarakat luar bandar dalam fasa pemulihan pandemik Covid-19.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, aspek pembangunan ekonomi luar bandar menjadi elemen penting dalam pemulihan masyarakat yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

“Ini termasuk pengenalan dan latihan kepada penggunaan teknologi terkini dalam bidang pertanian, pemerkasaan latihan dalam ekonomi digital, kerjasama dalam bidang Teknikal dan Vokasional (TVET) serta keusahawanan luar bandar selain pemerkasaan kepimpinan belia dan wanita luar bandar,” katanya dalam satu kenyataan sempena Persidangan African-Asian Rural Development Organization (The 20th Conference of AARDO) secara dalam talian hari ini.

Persidangan tahunan di peringkat menteri itu diadakan bagi membincangkan isu-isu pembangunan luar bandar dan hubungan kerjasama dalam kalangan negara anggota AARDO daripada benua Afrika danAsia.

Pada persidangan kali ini, Malaysia turut menyerahkan jawatan Pengerusi AARDO kepada kerajaan Ghana selepas menerajui pertubuhan itu selama tiga tahun mulai 2018 sehingga 2021.

Sepanjang tempoh sebagai Pengerusi AARDO, Kerangka Pelan Strategik 2021 hingga 2030 telah diperkenalkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa beliau bergelar Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ketika mempengerusikan Persidangan AARDO Ke-19 pada 2018 yang telah diadakan di Kuala Lumpur.

Selain itu, seramai 2,700 orang peserta telah terlibat dalam aktiviti pembangunan sumber manusia seperti kursus dan latihan, perkongsian pakar dan juga khidmat nasihat.

AARDO juga turut memperkenalkan latihan secara atas talian selepas wabak Covid-19 melanda dunia. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI