fbpx

Hujan lebat, ribut petir di Sarawak petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat serta ribut petir di Sarawak yang dijangka berlaku sehingga lewat petang nanti.

“Cuaca buruk ini diramal berlaku melibatkan hampir kesemua kawasan di negeri itu sehingga pukul 5 petang ini.

“Kawasan terlibat adalah Kuching (Bau dan Kuching), Serian (Serian), Samarahan, Sarikei, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu (Tatau) dan Limbang,” katanya di sini hari ini.

MetMalaysia juga menasihati orang ramai agar terus mengambil langkah berhati-hati dan sentiasa peka dengan keadaan semasa cuaca negara. – K! ONLINE

POPULAR

BERITA BERKAITAN