fbpx

Serbuk perasa buat tanaman lebih subur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video perkongsian menjaga tanaman agar tumbuh subur dengan menggunakan serbuk perasa.

PETALING JAYA – Ramai kaum wanita yang gemar dalam melakukan aktiviti bercucuk tanam dengan menggunakan sebaik mungkin ruang yang ada di rumah.

Dalam memastikan pokok bunga dan sayuran tumbuh dengan subur, pastinya pelbagai tips yang akan dipelajari oleh mereka agar hasilnya menggembirakan.

Menerusi perkongsian video oleh @kakria di laman aplikasi TikTok, dia berkongsi tips menggunakan serbuk perasa bagi menggantikan penggunaan baja agar tanaman menajdi subur dan berbunga lebat.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna media sosial turut mengaplikasikan kaedah dan tips yang dikongsikan serta memberi maklum balas yang positif.

“Saya dah buat ikut tips dari awak, memang menjadi dan pokok mangga saya yang tidak pernah berbuah terus beri hasil yang lebat,” ujar @tieeyaa.

“Jiran saya pun guna cara ini tanam pokok cili , memang lebat buah cili. Terbaik,” kata @Nana.

“Terima kasih kongsi tips, jimat kos nak tanam pokok bunga, kalau guna baja di kedai agak mahal,” komen @julianaharun pula. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI