fbpx

Pemuda UMNO masih harap KWSP RM10,000 diluluskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki

PETALING JAYA – Pemuda UMNO berharap Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dapat pertimbangkan dengan serius tuntutan rakyat RM10,000 dalam isu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Ketuanya, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ini adalah demi kelangsungan hidup rakyat untuk memulakan penghidupan baharu pasca pandemik Covid-19.

“Ini demi kelangsungan hidup mereka untuk memulakan penghidupan baharu pasca pandemik yang rata-rata terbelenggu dengan pelbagai komitmen tertunggak, hutang dan lain-lain,” katanya dalam kenyataan di facebooknya hari ini.

Tambahnya, Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak turut menyuarakan dalam Parlimen termasuk solusi untuk menampung kembali simpanan yang dikeluarkan pencarum.

“Rata-rata rakyat marhaen masih meletakkan harapan tinggi agar Menteri Kewangan dapat mendengar keluhan mereka untuk diluluskan pengeluaran kali terakhir KWSP i-Citra RM10,000.

“Harap Tengku Zafrul dapat pertimbangkan dengan serius #TuntutanRakyat dalam isu KWSP ini,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI