fbpx

Bajet Perlis 2022 peruntuk perbelanjaan RM306.83 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azlan (dua dari kanan) bersama Exco kerajaan negeri menunjukkan Bajet Perlis 2022 yang dibentangkan semasa Persidangan DUN Perlis (Mesyuarat Bajet 2022) di Kompleks DUN Kangar, hari ini.

KANGAR – Kerajaan Negeri Perlis membentangkan Bajet 2022 dengan memperuntukkan perbelanjaan sebanyak RM306.83 juta, penyusutan 2.68 peratus berbanding peruntukan tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak RM176.58 juta diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus manakala RM130.25 juta lagi untuk perbelanjaan pembangunan.

Katanya, Bajet 2022 juga menganggarkan hasil sebanyak RM109.24 juta yang diperoleh daripada hasil cukai sebanyak RM21.4 juta, hasil bukan cukai (RM21.45 juta) dan terimaan bukan hasil (RM66.39 juta).

“Dalam keterbatasan keupayaan kewangan, Bajet 2022 lebih memberi fokus kepada usaha-usaha untuk memulihkan ekonomi negeri di samping penumpuan kepada program-program menjurus kepada peningkatan kesejahteraan rakyat.

“Pelbagai program serta projek yang dibentangkan semestinya mengambil kira keperluan rakyat,” katanya dalam pembentangan Bajet 2022 semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri Perlis (Mesyuarat Bajet 2022) di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Kangar di sini hari ini.

Azlan memberitahu, secara keseluruhan, bajet kali ini yang bertemakan Kesalingan Pemimpin – Rakyat, Pemangkin Kelangsungan Kemakmuran dan Kesejahteraan adalah defisit sebanyak RM67.34 juta atau penurunan sebanyak 0.25 peratus berbanding 2021. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN