fbpx

Apa nasib Najib esok?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Najib Tun Razak.

PUTRAJAYA – Nasib Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap rayuan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta membabitkan kes dana syarikat SRC International berjumlah RM42 juta, dijangka akan ditentukan oleh Mahkamah Rayuan di sini esok.

Keputusan sama ada bekas Perdana Menteri itu berjaya mengetepikan sabitan dan hukuman itu atau sebaliknya akan diputuskan panel tiga hakim yang diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, bersama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera.

Sebelum ini, prosiding rayuan tersebut telah berlangsung dihadapan panel-panel itu selama 15 hari dan berakhir pada 18 Mei lalu.

Pada 24 November lalu, Najib gagal dalam permohonannya di Mahkamah Rayuan  untuk menangguhkan tarikh keputusan di Mahkamah Rayuan di sini bagi rayuan sabitan dan hukuman yang dikenakan terhadapnya membabitkan kes dana syarikat SRC International berjumlah RM42 juta yang dijadualkan berlangsung 8 Disember.

Perkara itu dimaklumkan melalui surat yang ditandatangani Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Mohd. Khairi Haron  kepada Najib, firma guaman Tetuan Shafee & Co. dan Timbalan Pendakwa Raya, Jabatan Peguam Negara.

Berdasarkan surat berkenaan,  permohonan menangguhkan tarikh keputusan ditolak dan semua pihak dikehendaki hadir pada tarikh keputusan rayuan yang sudah ditetapkan sebelum ini.

Permohonan itu dibuat kerana Najib selaku perayu akan berada di Singapura untuk melawat anak perempuannya Nooryana Najwa yang melahirkan anak kedua sehingga 5 Disember ini dan sejurus pulang, beliau diwajibkan untuk kuarantin kendiri selama tujuh hari.

Melalui surat kepada Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan, Najib memohon supaya tarikh 8 Disember dilapangkan dan tarikh keputusan ditetapkan pada minggu seterusnya iaitu minggu 13 Disember hingga 17 Disember ini (atau mana-mana tarikh lain yang dianggap sesuai oleh mahkamah).

Pada 30 Julai tahun lalu, Najib selaku perayu memfailkan notis rayuan terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Mohd. Nazlan selepas mendapati beliau bersalah atas tujuh tuduhan pecah amanah, pengubahan wang haram dan penyalahgunaan kedudukan yang melibatkan RM42 juta dana SRC.

Dalam petisyen rayuan yang difailkan pada 19 Oktober tahun lalu, Najib mengemukakan 307 alasan bagi menyokong rayuan bahawa Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terkhilaf ketika mendapatinya bersalah dalam kes penyelewengan dana syarikat SRC International berjumlah RM42 juta.

Dua hari sebelum itu, ahli Parlimen Pekan tersebut dijatuhi hukuman penjara 10 tahun bagi setiap tiga kes pecah amanah dan masing-masing tiga kes pengubahan wang haram manakala penjara 12 tahun dan didenda RM210 juta, jika tidak dipenjara lima tahun dalam kes penyalahgunaan kedudukan.

Bagaimanapun, Najib hanya perlu menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas hakim memerintahkan hukuman itu berjalan serentak.

Najib kini bebas atas ikat jamin RM2 juta dengan dua penjamin sementara menunggu rayuannya selesai.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI