fbpx

Ah long hantar surat ugutan melalui pos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Xuan Zhen menunjukkan surat ugutan daripada ah long yang diterimanya melalui perkhidmatan pos dalam satu sidang akhbar yang diadakan di Pasir Gudang, Johor hari ini.

JOHOR BAHRU – Sindiket pinjaman wang haram kini dikesan menggunakan perkhidmatan pos konvensional dalam menyampaikan surat ugutan kepada peminjam mereka.

Seorang jurujual, Ho Xuan Zhen, 22, berkata, dia menerima sepucuk surat yang memintanya membayar sejumlah wang semasa berada di rumahnya di Taman Bukit Indah, di sini pada 25 November lalu.

Katanya, surat itu dihantar menggunakan sampul berwarna coklat berserta setem 80 sen.

“Saya terperanjat dan rasa bimbang apabila membaca surat berkenaan yang mengatakan itu adalah amaran terakhir untuk saya membayar hutang.

“Memang saya ada buat pinjaman sebanyak RM1,000 daripada dua ah long Jun tahun lalu untuk membantu perniagaan yang dijalankan.

“Tetapi saya hanya menerima RM400 daripada dua kumpulan ah long berkenaan dan telah menjelaskan RM3,500 kepada kumpulan pertama dan RM5,300 kepada kumpulan kedua,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di ibu pejabat MCA Bahagian Pasir Gudang, di sini hari ini.

Tambah Xuan Zhen, dia merasakan perkara itu sudah selesai setahun lalu, namun hidupnya kembali terancam selepas menerima surat tersebut.

“Saya cuba menghubungi nombor yang disertakan namun mereka mengugut untuk membakar rumah jika tidak membuat pembayaran seperti diminta,” katanya.

Sementara itu, Ketua Biro Aduan Awam Pasir Gudang, Lim Thow Siang yang memberitahu, pihaknya akan menghubungi ah long berkenaan dan cuba menyelesaikan perkara itu secara baik.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI