fbpx

Tawar 5G secara borong tanpa kos kepada syarikat telekomunikasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zuraida menunjukkan Ookla speedtest 5G pada Prebiu Media 5G kini sedia di Malaysia di Hotel Zenith di sini, hari ini. - FOTO: FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Digital Nasional Berhad (DNB) akan menawarkan perkhidmatan 5G secara borong tanpa kos kepada semua syarikat telekomunikasi untuk tempoh tiga bulan bermula 15 Disember hingga akhir Mac tahun depan.

Tawaran tersebut meliputi kawasan Putrajaya, Cyberjaya dan sebahagian Kuala Lumpur dalam memberi peluang kepada syarikat telekomunikasi untuk mengkomersialkan perkhidmatan 5G kepada pengguna.

Ketua Pegawai Komersial DNB, Ahmad Taufek Omar berkata, sebelum ini terdapat satu syarikat telekomunikasi sudah bersetuju untuk menjalankan ujian 5G dengan anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan (Diperbadankan) tersebut.

“Justeru, kita masih secara ‘agresif’ mendapatkan maklum balas dengan lima lagi syarikat telekomunikasi lain supaya kita boleh bawa mereka bersama usaha yang dijalankan oleh DNB.

“Kita masih ada masa dan apa yang kita buat sekarang ialah memenuhi syarat dan keperluan lesen. Saya berharap untuk dua minggu seterusnya mereka (syarikat telekomunikasi) akan datang kepada kita,” katanya pada sidang akhbar Prebiu Media: 5G Kini Sedia di Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, perbincangan turut diadakan bersama syarikat telekomunikasi yang berkaitan berhubung perkhidmatan 5G tersebut dan ia menunjukkan nada positif.

“Mereka tidak tarik tali tetapi, ini adalah benda baharu dan mereka juga nak tengok manfaat kepada pengguna serta syarikat telekomunikasi. Pihak industri turut bersama kita setiap minggu dalam memastikan isu-isu penting ditangani.

“Selain itu, mereka juga nak pastikan persoalan yang ada dijawab. Tidak pernah lagi satu-satu situasi apabila satu syarikat menjadi ‘hosting’ kepada lima syarikat besar secara bersama.

“Jadi saya berpendapat tidak salah untuk syarikat telekomunikasi tersebut mengutarakan perhatian mereka serta perkara-perkara yang kita perlu tangani contohnya berkaitan proses pengaktifan, keselamatan dan rangkaian kerana mereka berhak untuk tahu,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI