fbpx
Salah seorang daripada ahli kumpulan terbabit disampuk selepas bernyanyi tanpa mengira waktu di kawasan hutan.

[VIDEO] Padah ‘melalak’ tengah hutan, wanita disampuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Tindakan sekumpulan individu ‘melalak’ sehingga tengah malam di sebuah inap desa sekitar Kemensah mengundang padah selepas salah seorang daripada mereka disampuk semalam.

Kejadian itu telah dirakam @CyrilBana menerusi sebuah video berdurasi 57 saat ketika keluarganya sedang berkhemah berdekatan hutan di Kemensah.

Menurutnya, kumpulan terbabit mula bernyanyi sekuat hati sekitar pukul 10 pagi hingga ke pukul 12 tengah malam. Tindakan mereka bukan sahaja menganggu orang ramai namun turut mengganggu ‘makhluk’ lain di kawasan tersebut.

“Kejadian di Kemensah, sewaktu kami semua camping bersama keluarga. Kumpulan ini melalak menyanyi sekuatnya tak kira waktu sehingga pukul 12 malam. Tiba-tiba salah seorang dari kumpulan yang melalak disampuk, menjerit-jerit dirasuk.

“Sekarang ini, mereka tahu pula pasang ayat al-Quran, sebelum ini melalak tidak kira tempat sehingga mengganggu orang lain.

“Hutan adalah tempat istirahat mencari kedamaian bukan tempat untuk berhibur dan bersuka ria menyanyi sekuatnya tanpa menghiraukan pengunjung lain,” jelasnya.

Salah seorang pengguna Facebook, @Olin Adlan berkata, sabar manusia ni ada batasnya, begitu juga dengan makhluk tuhan yang lain, semua ada batasannya.

“Nak tegur pun kita takut. Nanti jadi bergaduh dan keadaan makin keruh. Kalau orang yang benar-benar waras, pasti boleh fikir dan keadaan pasti terkawal.

“Hanya doa pada Tuhan agar ampuni kami semuanya. Biar Allah uruskan dengan cara-Nya,” ujarnya.

Sementara itu, @Ariff Azmi berkata, tindakan kumpulan terbabit yang tiada adab mengundang kemarahan semua pihak termasuk makhluk lain.

“Semua disebabkan adab tidak ada. Sesama manusia pun marah bila tidak ada adab macam itu, apatah makhluk lain. Memang kita sebaik-baik ciptaan Allah, tapi tak pernah Allah cakap kita boleh angkuh dan sombong. Pendek kata, jaga adab sesama makhluk,” ujarnya.

Dalam pada itu, @Che Ku Nurul Anas berkata, seronok biarlah berpada-pada dan bersederhana kerana kita di tempat orang.

“Pergi tempat orang kena hormat, selalu saya pesan pada anak-anak kalau pergi mana-mana campsite. Jaga bahasa dan adab,” jelasnya.

Rakaman video tersebut telah mendapat lebih 1,700 komen dan 1,400 tanda suka. – K! ONLINE

POPULAR