fbpx

Meeracle hadiahkan kuda buat Master Stokis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Master Stokis Meeracle, Siti Azlina Mhd Halil menerima seekor kuda Thoroughbred (Belima) yang dihadiahkan Meeracle kepada wakil jualannya yang mencapai sasaran jualan tahunan tertinggi.

PETALING JAYA – Meeracle, jenama penjagaan kulit dan kosmetik yang sedang melonjak naik di pasaran mencipta kelainan apabila memberi seekor kuda kepada Master Stokisnya yang mencapai jualan tertinggi.

Kuda Thoroughbred (Belima) berwarna dark bay merupakan ganjaran istimewa pada bulan November dan ia menjadi milik Master Stokis Meeracle, Siti Azlina Mhd. Halil yang mencapai sasaran jualan tertinggi.

“Hadiah kuda ini dimiliki oleh Top Masterstockist Meeracle Siti Azlina yang telah mencapai sasaran jualan pada bulan November.

“Prestasi beliau sangat memberangsangkan dan kami berbangga kerana walaupun industri kini agak terjejas akibat pandemik Covid-19, stokis kami masih mampu menunjukkan prestasi yang luar biasa.

“Oleh itu, kami menghargai keringat beliau dengan mengnugerahkan hadiah yang istimewa dan lain daripada yang lain,” jelas Eksekutif Pemasaran dan Komunikasi Meeracle, Bella Luna dalam satu kenyataan.

Tambah Bella, hadiah tersebut merupakan satu kejutan yang dirancang oleh pihak ibu pejabat Meeracle untuk diberikan kepada pemenang.

“Apa yang menarik, hadiah istimewa ini merupakan lambang kelajuan dan kekuatan yang selalu dipegang sebagai arah untuk memimpin Meeracle terus ke depan dalam industri ini.

“Meeracle memang unik dan tidak pernah memperlahankan strategi perniagaan biarpun dalam tempoh sukar akibat pandemik Covid-19,” jelasnya.

Siti Azlina juga telah memegang gelaran Miss Meeracle selama tiga tahun berturut-turut bermula 2017 dan telah dinobatkan sebagai ‘Lady Meeracle’ pada tahun 2020. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI