fbpx

[VIDEO] Lembu terliur tengok pokok keladi dalam rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar yang memaparkan insiden lucu membabitkan seorang lelaki dan seekor lembu yang muncul secara tiba-tiba di hadapan rumahnya.

PETALING JAYA – Kehadiran seekor lembu di hadapan sebuah rumah sambil memerhati tanaman hiasan dengan penuh selera mengundang rasa terhibur orang ramai.

Kemunculan haiwan ternakan tersebut yang sedang menunggu di hadapan pagar itu berjaya dirakam @Irfan_ahmad15 sebelum dimuat naik di media sosial.

Lebih menghiburkan apabila telatah bersahaja lelaki terbabit ‘berborak’ dengan haiwan tersebut sedangkan dia sendiri terkejut dengan kemunculan lembu berkenaan.

Perkongsian lucu tersebut telah mendapat lebih 97,000 tanda suka dan 1,499 komen daripada pengguna media sosial.

Salah seorang pengguna media sosial @ernioes berkata, mungkin lembu berkenaan sedang mengandung dan terliur melihat pokok-pokok hiasan yang ditanam lelaki terbabit.

“Lembu itu tengah mengandung, itu yang dia ‘craving’ nak makan pokok-pokok abang. Kesian dia, nanti baby dia keluar air liur meleleh,” selorohnya.

Sementara itu, @mynameis berkata, lembu tersebut telah lama mengidam pokok keladi yang ditanam.

“Dia tengok hijau, segar semacam pokok keladi itu, itu yang dia geram tu. Jaga-jaga nanti hilang satu pasu,” katanya.

Bagi @Fiyyt3eida pula, lembu berkenaan sedang menunggu peluang keemasan dengan penuh harapan untuk lelaki terbabit membuka pagar rumah dan menjemput ‘menjamah’ pokok hiasan tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI