fbpx

Usahawan Wilayah Utara dapat sokongan SME Bank

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noh (tengah) menyerahkan surat penyertaan kepada wakil JM Ferry Services Sdn. Bhd. sewaktu program Jom XCESS Wilayah Utara SME Bank baru-baru ini.

PETALING JAYA – Perusahaan kecil dan Sederhana (PKS) di Wilayah Utara Semenanjung terus menerima sokongan daripada SME Bank dengan pembiayaan diluluskan berjumlah RM174 juta sehingga Oktober lalu, melibatkan lebih 119 pelanggan.

Jumlah tersebut sembilan peratus lebih tinggi daripada sasaran kelulusan pembiayaan Pusat Wilayah Utara SME Bank bagi tahun 2021 iaitu sebanyak RM160 juta.

Menteri Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Tan Sri Noh Omar berkata, selain bantuan pembiayaan, SME Bank turut meluluskan kemudahan Penjana Tourism Fund (PTF) bernilai RM1.6 juta kepada enam buah syarikat di Kedah dan satu di Pulau Pinang. 

“Secara keseluruhannya, setakat Oktober 2021, 43 buah syarikat PKS telah menerima pembiayaan PTF daripada SME Bank bernilai RM8.8 juta. 

“Langkah SME Bank serta agensi lain turun padang bagi mendekati usahawan melalui Program Jom XCESS SME Bank amat penting agar bantuan dapat disalurkan secara tepat, menyeluruh dan memenuhi keperluan perniagaan terutamanya pada waktu kritikal ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Aria Putera Ismail berkata, platform Jom XCESS membolehkan pihaknya berhubung dengan lebih ramai PKS dan secara keseluruhan, hampir 1,900 usahawan telah menyertai program berkenaan secara fizikal dan dalam talian, melibatkan jumlah potensi untuk pembiayaan hampir RM166 juta.

Tambahnya, bagi kemudahan PTF, SME Bank menyediakan peruntukan pembiayaan sebanyak RM50 juta untuk pembiayaan modal kerja, pembelian aset dan pembelian mesin dengan pembiayaan maksimum sehingga RM300,000 dan serta jaminan 80 peratus daripada Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad. 

“SME Bank turut menawarkan pelbagai kemudahan lain termasuk SRP Pemulih Fasa 2 yang menyediakan lanjutan moratorium selama 12 bulan dari Oktober 2021 sehingga September 2022 buat pelanggan dalam sektor pelancongan dan pengangkutan awam yang terjejas akibat pandemik serta lanjutan tempoh pembiayaan asal sehingga 36 bulan.  

“SME Bank telah menawarkan SRP Pemulih bermula Julai 2021 dan bantuan bersasar ini telah ditawarkan kepada 2,753 orang usahawan dengan nilai pembiayaan berjumlah RM4.87 bilion,” jelasnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI