fbpx

Tukang cat maut, adik cedera kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Proton Wira dinaiki kedua-dua mangsa yang remuk teruk setelah merempuh sebatang tiang elektrik di KM 70, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu berhampiran Kampung Banggol, Setiu hari ini.

SETIU – Seorang tukang cat maut manakala adiknya cedera ringan selepas kereta Proton Wira dinaiki mereka merempuh tiang elektrik di KM 70 Jalan Kuala Terengganu – Kota Bharu berhampiran Kampung Banggol di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 1.37 tengah hari itu, mangsa, Muhammad Sharil Naim Zulkefli, 20, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan beberapa bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, adik mangsa, Muhammad Sharil Aiman pula cedera pada bahagian dagu dan tangan.

Beliau berkata, sewaktu kejadian, kedua beradik itu dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Padang Saujana, Permaisuri di sini.

“Sewaktu tiba di lokasi kejadian, kereta Proton Wira yang dipandu Muhammad Sharil Naim tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan.

“Kereta dinaiki itu kemudiannya merempuh sebatang tiang lampu,” katanya di sini hari ini.

Afandi berkata, mayat Muhammad Sharil Naim telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu di sini untuk tindakan lanjut.

Tambah beliau, Muhammad Sharil Aiman pula dikejarkan unit kecemasan hospital sama untuk menerima rawatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI