fbpx

Ramai tidak selesa aksi lelaki jadi ‘guru bertudung’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang lelaki berpakaian seakan cikgu perempuan di media sosial.

PETALING JAYA – Tidak hormat guru malah memperlekehkan guru wanita dengan berpakaian dan memakai tudung tidak kemas.

Itu reaksi orang ramai termasuk warga pendidik sendiri yang tidak senang dengan kandungan media sosial seorang lelaki yang memuat naik video memakai tudung seperti guru wanita yang tular di media sosial ketika ini.

Pada awalnya, ramai yang menyangka kandungan media sosial itu adalah daripada wanita, sebaliknya ia adalah seorang remaja lelaki.

Menerusi hantaran yang dibuat di laman Facebook Syahr Musafir, walaupun lelaki tersebut mendakwa dia hanya melawak, namun pendekatan yang diambil seakan mengejek dan merendahkan kerjaya cikgu serta perempuan.

“Memang ada cikgu perempuan memakai tudung lipat di bahagian muka, tidak reti berfesyen, malah dianggap ‘oldschool’ (ketinggalan zaman) namun kita kena tahu semua ni tidak elok,” jelasnya.

Orang ramai turut meninggalkan komen mengatakan kandungannya di media sosial dianggap keterlaluan dan tidak sopan.

“Antara sebab mengapa murid-murid kurang ajar dengan guru adalah kerana ada kandungan-kandungan di media sosial seperti Tik Tok seolah-olah tidak hormat kerjaya guru. Adab semuanya ke laut,” luah Fadhlii.

“Saya menyampah sungguh tengok video dia yang acah-acah jadi cikgu perempuan zaman bila pun tak tahulah,” tulis Nurulshifa.

“Saya setuju, tidak perlu berpakaian seperti wanita sepenuhnya dan bab perli atau kutuk gurau pada insan yang namanya guru ini tidak sesuai,” ujar Seha Bushri. K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI