fbpx

Polis kenal pasti individu berasak-asak di kedai mainan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan sekumpulan individu berasak-asak mengerumuni rak mainan di sebuah kedai permainan kanak-kanak di Pavilion Bukit Jalil sepertimana tular di laman sosial hari ini.

KUALA LUMPUR – Polis akan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan berasak-asak mengerumuni rak mainan di sebuah kedai permainan kanak-kanak di Pavilion Bukit Jalil sepertimana tular di laman sosial hari ini.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan mengenai satu gambar tular hari ini melibatkan sekumpulan lelaki tidak patuh SOP (penjarakan sosial) dengan berasak-asak mengerumuni rak mainan di tempat berkenaan.

“Hasil siasatan awal mendapati gambar yang tular itu disahkan berlaku di Pavilion Bukit Jalil dalam kejadian kelmarin.

“Siasatan diteruskan untuk mengenal pasti individu yang terlibat dalam pelanggaran SOP di premis tersebut,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No.2) 2021.

Tegas beliau, pihak polis tidak akan berkompromi sekiranya wujud pelanggaran SOP dan menghargai maklumat yang disalurkan bagi memastikan pematuhan SOP dipatuhi.

Sekiranya mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini, orang ramai boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di talian 0132165881, Hotline Polis Kuala Lumpur 03-2146 0584/585 atau mana-mana balai polis yang berdekatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI