fbpx

Persekolahan bersemuka elak lebih ramai pelajar tercicir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Radzi (dua dari kiri) berbual dengan pelajar Akademi Sains Pendang, hari ini.

PENDANG – Kementerian Pendidikan (KPM) melihat pelaksanaan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bersemuka di sekolah sangat penting bagi mengelakkan lebih ramai pelajar tercicir daripada sistem persekolahan.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, pihaknya sentiasa menekankan bahawa persekolahan secara bersemuka itu perlu dilaksanakan supaya sebarang masalah dihadapi pelajar dapat dikesan seterusnya diselesaikan lebih awal.

“Pelaksanaan persekolahan secara bersemuka ini penting kerana sebarang permasalahan dihadapi pelajar dapat diketahui secara lebih dekat, maka sebarang intervensi boleh dibuat lebih awal.

“Sebab itu kita lihat bahawa dalam konteks ini kita ingin pastikan supaya keciciran (pelajar) ini dapat diminimumkan,” katanya selepas merasmikan Majlis Perasmian Akademi Sains Pendang di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai ciapan bekas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik mengenai seramai 21,316 pelajar telah berhenti sekolah sejak Mac tahun lalu hingga Julai lepas di akaun Twitternya pada hari ini.

Menurut Radzi, penutupan sekolah dalam tempoh yang panjang susulan pandemik Covid-19 menyebabkan hubungan pelajar dengan sistem persekolahan menjadi renggang. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI