fbpx

Mimpi ngeri, Ayu Damit trauma hampir dipatuk ular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AYU DAMIT masih trauma memikirkan ular hampir mematuknya semalam, sama dengan ular hadir dalam mimpinya beberapa hari lalu.

PETALING JAYA – Penyanyi Ayu Damit berdepan detik cemas dan mengerikan apabila hampir dipatuk seekor ular dalam satu kejadian di kediamannya semalam.

Pemilik nama sebenar Norayu Damit itu berkata, kejadian menyeramkan itu berlaku ketika dia hendak mengambil kuali di dapur rumahnya.

“Sakit kepala dan menggigil masih terasa sampai sekarang. Alluakhbar lari macam tak cukup tanah. Pagi tadi (semalam), ketika nak ke dapur ambil kuali, tengok-tengok dekat tepi bidai ada seekor ular dan bersedia nak patuk saya.

“Nasib baik ternampak ular tersebut. Kalau tidak, tak tahulah apa yang jadi pada saya ketika itu,” ujarnya menerusi perkongsian yang dimuat naik dalam Instagram miliknya,

Kata pelantun lagu Hanya Di Mercu itu lagi, dia bersyukur kerana sempat menyelamatkan diri dan terus berlari masuk ke dalam rumah.

“Syukur sangat tak jadi apa-apa sebab saya sempat lari dan terus tutup pintu dapur. Sudahlah waktu itu suami tidak ada di rumah sebab keluar beli barang.

“Saya jadi terpinga-pinga seorang diri. Anak-anak pula dekat ruang tamu, masing-masing mengadap gajet. Jadi tidak keruan saya ketika itu,” katanya.

Apa yang membingungkannya, Ayu berkata beberapa hari lalu dia juga bemimpi telah dipatuk ular. Malah, ular yang ditemuinya di dapur rumahnya semalam, mirip seperti ular yang muncul dalam mimpinya.

“Malam sebelum kejadian, sebelum tidur saya bersembang dengan suami bahawa kelmarin, saya ada mimpi ular.

“Ular itu telah mematuk tangan saya. Lepas semua sudah reda, saya termenung dan berfikir bagaimana jika mimpi itu menjadi kenyataan? Apakah petanda semua ini?” ujarnya.

Dalam pada itu, bekas peserta program Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) itu berasa sangat bersyukur kerana dirinya serta keluarga terselamat daripada kejadian yang tidak diingini.

“Ya Allah, aku bersyukur atas lindungan mu kepadaku dan kelauarga. Kau kuatkan semangat aku dan jauhkanlah aku daripada perkara-perkara yang tidak baik datang kepadaku. Amin,” pintanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI