fbpx

Lainnya muka, Fathia Latiff mirip seperti Nur Fazura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FATHIA LATIFF

LAIN betul muka pelakon Fathia Latiff sekarang. Pipi bukan main gebu, makin comel.

Bukan Diva seorang sahaja yang perasan, malah pengikutnya dalam Instagram juga tidak mengenali itu adalah Fathia.

Mana tidaknya, selain semakin berisi, gambar terbaharu yang dikongsikan Fathia juga menunjukkan wajahnya iras seperti pelakon, Nur Fazura.

Memang kalau sekali imbas, orang akan ingat itu adalah Fazura kerana wajah mereka sangat mirip. Lama juga Fathia menyepi daripada radar dunia seni hiburan tanah air.

Diva harap, Fathia dapat buat kemunculan semula dalam televisyen. Ramai yang menanti-nantikan kemunculan Fathia.

Teringat waktu fenomena drama Ariana Rose lakonannya bergandingan dengan Keith Foo suatu ketika dahulu. Memang meletup!

DIVA: Dengar-dengar, katanya akan ada kesinambungan drama Takdir Yang Tertulis musim kedua. Betul ke?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI