fbpx

Kayu bangunan sekolah berusia 120 tahun dicuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Papan lantai dan sebahagian dinding bangunan rumah guru dipercayai dicuri pihak tidak diketahui.

IPOH – Sebahagian daripada atap genting, kayu lantai dan dinding bekas bangunan rumah guru dan Sekolah Melayu Kampung Kuchai di Jalan Dato Onn Jaafar di sini dipercayai dicuri pihak tidak bertanggungjawab.

Setiausaha Persatuan Warisan Perak, Nor Hisham Zulkifli berkata, pihaknya dimaklumkan oleh penduduk setempat bahawa ada pihak mengambil kayu-kayu dan papan di bangunan tersebut.

Menurut beliau, perkara itu sangat menyedihkan kerana salah satu warisan yang sepatutnya masih boleh diselamatkan tetapi tidak diendahkan oleh pihak berwajib.

“Merujuk pada pelan tanah, tapak bangunan rumah guru dan bekas sekolah ini adalah hak milik Persekutuan.

“Kawasan ini juga antara dua atau tiga lot tanah tinggalan Kampung Kuchai yang merupakan penempatan Melayu terawal di bandar Ipoh yang bukan dimiliki pihak asing,” ujarnya.

Bangunan sekolah berusia lebih 120 tahun itu juga merupakan warisan besar dalam sejarah pendidikan orang-orang Melayu di Ipoh.

Malangnya, ia dalam keadaan terbiar dan tidak terjaga sejak lima tahun lalu sehingga menjadi tempat gelendangan dan aktiviti tidak bermoral.

Sebelum ini dua kejadian kebakaran telah berlaku di sini iaitu pada 19 Julai dan 1 November lalu yang menyebabkan sebuah bangunan bekas rumah guru musnah sebahagiannya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI