fbpx

Jual servis jadi teman meluah perasaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar servis menjadi teman meluahkan perasaan yang ditawarkan menerusi platform e-dagang.

PETALING JAYA – Jika sebelum ini ada yang menjual lukisan hodoh di platform e-dagang, kini ada pula yang menjual servis menjadi teman meluahkan perasaan.

Servis itu dikenakan serendah 50 sen untuk anda mendapat balasan komen positif selepas meluahkan perasaan.

Menerusi sebuah ciapan di Twitter, seorang pengguna @BaqirNajh seolah-olah terkejut dengan perkhidmatan tersebut yang turut ditawarkan melalui platform berkenaan.

“Tak ada produk nak jual? jual servis macam ini,” ciapnya.

Menurut pengguna lain @GRLSH3QD berkata, perkhidmatan itu boleh dicuba dalam meluahkan perasaan dan mereka sanggup untuk meminjamkan telinga sebagai pendengar setia.

Lebih menariknya, terdapat pelanggan yang telah mendapatkan perkhidmatan itu dengan meninggalkan komen yang positif serta berpuas hati dengan layanan diberi oleh penjual.

“Layanan sangat terbaik. Dia (penjual) sangat sabar dan memahami situasi saya serta amat membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi. Saya berpuas hati dan terima kasih,” kata @j****r

“Memang betul perkhidmatan ini dia mendengar luahan kita, kalau mesej di ruangan komen, dalam beberapa minit dia akan balas,” kata @mccencen. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI