PETALING JAYA – Kenyataan yang dibuat oleh bekas anggota kumpulan nasyid, Suhaimi Saad menjadi pendebatan orang ramai di media sosial apabila dia menolak ‘Allah ada di mana-mana’ baru-baru ini.
Menerusi satu hantaran di laman sosial Facebook, perbuatan Suhaimi itu nyata mengundang kepada pelbagai tohmahan dari orang ramai.
“Tujuh perkara yang anda percaya tapi Mosus tolak, pertama Allah ada di mana-mana, kedua vaksin, ketiga bumi bulat, keempat sistem demokrasi, kelima sistem perbankan riba, keenam sistem pendidikan dunia dan terakhir ganja dan ketum,” tulisnya dalam Facebook.
Walaupun ada pengguna media sosial yang memberikan hujah melalui ayat al-Quran, dia tetap tidak percaya dan menyuruh orang ramai belajar lagi.
Dia juga turut mendakwa surah al-Fatihah ayat dua tidak boleh dibuktikan kerana terlalu umum.
Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakannya yang tidak mempercayai Allah S.W.T ada di mana-mana dan orang ramai turut berkongsi pandangan mereka.
“Buat sakit hati kita sahaja bila tanya dia, sebab selalunya memang dia tak akan terangkan, ayat dia mesti suruh kita belajar sendiri,” kata Cik Mina.
“Sudah tiba masanya kita rakyat malaysia perlu tubuhkan hari pelempang ‘semalaysia’ supaya melekat tepat di pipinya,” ujar Amirul Perakian.
“Betul juga apa dia kata sebab Allah tak berhajat pada tempat, Walaupun seluruh alam ini tiada tapi Allah tetap akan ada,” jelas Muhd Saufi. – K! ONLINE.