fbpx
BABAK tepis telefon dalam Descendants of The Sun dilakonkan semula menerusi Kisah Cinta Kita.

Drama Melayu tiru drama Korea?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEJAK akhir-akhir ini, banyak babak drama Melayu tular dalam media sosial. Sekarang giliran drama Kisah Cinta Kita.

Drama lakonan Aedy Ashraf dan Amelia Henderson itu tular selepas salah satu babaknya dikatakan mirip babak yang pernah disiarkan dalam naskhah bersiri Korea popular, Descendants of the Sun (DOTS).

Dalam babak tersebut, Aedy yang memegang watak Amer menepis telefon bimbit yang dipegang Amelia (Aleesa) sebelum menyambutnya dengan sebelah tangan lain.

Momen tersebut dikatakan sama dengan babak yang dilakonkan Song Joong-ki dan Song Hye-kyo dalam siri berkenaan yang disiarkan pada 2016.

Meninjau ruangan komen, terdapat segelintir netizen mengecam babak sehingga ada yang mengatakan drama berkenaan meniru bulat-bulat daripada siri DOTS.

“Ini bukan K-drama tapi sudah jadi M-drama,” tulis seorang netizen.

“Dia ingat penonton tidak tahu ke babak ini sama dengan drama DOTS? Rasa-rasanya Song Joong-ki saja yang boleh melakukan aksi tersebut,” komen seorang pengguna TikTok.

Selain kecaman, masih terdapat netizen tetap memuji drama Melayu yang semakin menunjukkan peningkatan dan tidak tipikal seperti naskhah sedia ada sebelum ini.

POPULAR