fbpx

Tiga guru MRSM Pendang positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

ALOR SETAR – Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pendang dinasihatkan untuk tidak beroperasi selama tiga hari bermula esok setelah tiga guru di situ disahkan positif Covid-19, baru-baru ini.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Othman Warijo berkata, nasihat penutupan itu dikeluarkan pihaknya bagi membolehkan MRSM tersebut disanitasi selain untuk tujuan siasatan lanjut.

“Dua daripada guru itu tinggal di taman perumahan di luar sekolah manakala seorang lagi tinggal di kuarters MRSM.

“Ketiga-tiga mereka kini diarah menjalani perintah pengawasan di rumah (HSO),” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Difahamkan kes positif melibatkan guru tersebut dikesan antara 26 November lalu sehingga hari ini.

Othman menambah, seramai 30 guru yang dikenal pasti sebagai kontak rapat dengan mereka turut menjalani HSO.

“Walaupun MRSM itu ditutup, namun para pelajar tidak pulang ke rumah masing-masing dan akan tetap berada di asrama,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr. Mohd. Hayati Othman mengesahkan setakat ini tiada pelajar dikesan positif.

“Pihak Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) sudah mengambil langkah sewajarnya bagi mengekang penularan Covid-19 di situ. Setakat ini siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti kontak rapat serta punca penularan tersebut.

“Kalangan guru yang disahkan positif sudah menerima vaksinasi lengkap dan keadaan mereka juga tidak teruk,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI