fbpx

Perlu bijak buat pertukaran pemain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIPS oleh Kosmo! minggu ini.

Oleh IRFAN BURHANUDDIN

SAINGAN Fantasy Premier League (FPL) minggu ke-15 semakin mencabar apabila banyak pasukan ketika ini mula dilanda krisis kecederaan pemain selain perlu menghadapi jadual padat sepanjang bulan ini.

Ia sekali gus menyebabkan pengurus-pengurus terpaksa membuat penggiliran pemain dalam usaha mengutip tiga mata penuh bagi memperbaiki kedudukan mereka dalam sai­ngan Liga Perdana Inggeris (EPL) minggu ini.

Oleh itu, Kosmo! berkongsi tips mengenai senarai pemain-pemain yang berkemungkinan besar diturunkan dalam kese­belasan utama sebagai panduan buat pengurus-pengurus FPL merencana pasukan terbaik untuk saingan minggu ini.

 

PENJAGA GOL
AARON Ramsdale dijangka mampu meraih clean sheet apabila Arsenal bertandang ke Stadium Goodison Park menentang Everton yang masih terluka ekoran kekalahan 1-4 kepada Liverpool kelmarin.

PERTAHANAN
ANDY Robertson menjadi pilihan selepas mencipta dua umpanan jaringan buat Liverpool ketika membelasah Everton 4-1. Dia dilihat mampu mengulangi prestasi itu apabila melayan Wolverhampton Wanderers malam ini.

TENGAH
DIOGO Jota kini sudah membuktikan ketajamannya apabila meledak lapan gol ketika ini sekali gus menjadikan dia antara nama yang perlu ada di bahagian tengah pasukan FPL. Raphinha juga boleh dilihat sebagai alternatif terbaik buat pasukan.

PENYERANG
IVAN Toney mempunyai kebolehan untuk meledak gol apabila bertemu pasukan pertengahan liga seperti Leeds. Gabriel Jesus juga menjadi pilihan untuk mengisi slot selaku dua penyerang utama.

KAPTEN
SON HEUNG-MIN menjadi sandaran sebagai kapten minggu ini kerana dijangka mampu meneruskan kecemerlangannya seperti meledak satu gol buat Spurs ketika menang 2-0 ke atas Brentford awal pagi semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI