fbpx

Tanah runtuh: Tiada lagi mangsa lain terlibat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Unit Anjing Pengesanan (K9) Bomba Dan Penyelamat yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat kejadian tanah runtuh di Seksyen 27, Laluan FT 185, Jalan Simpang Pulai-Blue Valley dekat Ipoh hari ini. - ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH – Operasi oleh Unit Anjing Pengesan (K9) di lokasi runtuhan tanah di Laluan FT 185, Jalan Simpang Pulai-Blue Valley di sini hari ini, tidak menemukan wujud kenderaan atau mangsa lain.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Muhamad Shahrizal Aris berkata, pengesanan kali pertama oleh unit K9 pada pukul 1.30 petang tadi menunjukkan tanda negatif.

“Kita bagi tempoh sehingga petang ini selepas kerja-kerja mengorek runtuhan lebih dalam dijalankan, unit K9 akan digerakkan sekali lagi untuk pengesanan di lokasi sama.

“Sekiranya, operasi mengesan kenderaan atau mangsa lain masih negatif, kemungkinan operasi mencari dan menyelamat boleh ditamatkan hari ini,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Menurut beliau, kerja-kerja mengorek tanah pada hari kedua telah dilakukan pada kedalaman tiga meter sebelum ditambah satu meter lagi bagi memudahkan anjing pengesan.

Katanya, pada kedalaman itu, kebiasannya mana-mana mangsa yang terperangkap dalam runtuhan sudah boleh dapat dikesan.

“Kebiasaannya, jika ada mangsa yang tertimbus, pasti dapat dikesan oleh anjing pengesan. Buat masa sekarang, hasilnya pencarian masih negatif,” katanya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI