fbpx
Gambar hiasan.

Undi 18, pendaftaran pemilih automatik diwartakan semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) hari ini memaklumkan bahawa pindaan umur kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik telah diwartakan semalam.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, pindaan tersebut juga akan berkuat kuasa pada 15 Disember ini setelah mendapat perkenan daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

“Seksyen 3(a) dan (b) Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 berhubung dengan pindaan umur kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik telah diwartakan pada 1 Disember 2021 sebagai P.U.(B) 615/2021 yang akan berkuat kuasa pada 15 Disember ini.

“Pindaan kepada perundangan subsidiari berkaitan pilihan raya iaitu Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih)(Pindaan) 2021 dan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya)(Pindaan) 2021 pula telah diwartakan pada 30 November 2021 sebagai P.U.(A) 433/2021 dan P.U.(A) 434/2021,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, pindaan kepada perundangan subsidiari berkaitan pilihan raya itu juga akan berkuat kuasa pada 15 Disember ini setelah mendapat perkenaan daripada Yang di-Pertuan Agong berdasarkan Seksyen 17 Akta Pilihan Raya 1958.

“Justeru itu, SPR akan membentangkan kedua-dua pindaan peraturan-peraturan tersebut dalam Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat, Parlimen Keempat Belas (2021) dalam masa terdekat,” ujar beliau. – K! ONLINE

POPULAR