fbpx

Selangor setuju ECRL guna jajaran asal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Darwis (dua dari kanan) dan Kong Qi (dua dari kiri) menunjukkan dokumen perjanjian di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Kerajaan Selangor secara rasminya bersetuju mengenai jajaran Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan menggunakan laluan asal projek berkenaan iaitu melalui Jajaran Utara.

Jajaran tersebut merangkumi Jajaran Seksyen C ECRL yang melibatkan Seksyen C1 dari Mentakab ke Gombak dan Seksyen C2 yang merangkumi Gombak, Serendah sehingga Pelabuhan Klang.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, keputusan itu turut dipersetujui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang bermesyuarat dua kali sebelum ini iaitu pada 17 November dan 24 November lalu.

Beliau berkata, keputusan tersebut juga dibuat selepas memperhalusi laporan kesemua 37 sesi libat urus projek ECRL bersama-sama dengan jabatan dan agensi kerajaan negeri.

“Saya dengan rasminya memaklumkan bahawa Kerajaan Selangor tiada lagi halangan bagi pelaksanaan ECRL untuk merentasi bahagian utara negeri ini.

“Kelulusan ECRL Jajaran Utara ini juga adalah berdasarkan pemakluman MOT (Kementerian Pengangkutan) dan MRLSB (Malaysia Rail Link Sdn. Bhd.) bahawa ECRL tidak akan menjejaskan kawasan berisiko seperti Permatang Kuarza Gombak yang kini dalam proses pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pertukaran perjanjian Seksyen C (Jajaran Utara) di sini.

Turut hadir Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong, Duta China ke Malaysia, Kaunselor Politik Kedutaan Besar China, Yu Jun, Presiden China Communications Construction Company Ltd. (CCCC), Wang Haihuai,  Pengarah Urusan CCCC, Kong Qi dan Ketua Pegawai Eksekutif MDLSB, Datuk Seri Darwis Abdul Razak.

 

Mengulas lanjut, Amirudin berkata, pihaknya menyokong Jajaran Utara berdasarkan komponen utama Projek ECRL dalam melengkapkan jambatan darat bagi pengangkutan kargo Pelabuhan Kuantan ke Pelabuhan Klang.

Tambah beliau, Jajaran Utara juga akan dapat terus menghubungkan para penumpang dari negeri Pantai Timur ke Terminal Bersepadu (ITT) Gombak.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI