fbpx

Lelaki dihempap kren maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Usaha mengorek dan mengeluarkan mayat mangsa dihempap kren di Jalan Petanak.

PETALING JAYA – Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak mengesahkan lelaki yang dihempap kren telah meninggal dunia dalam kejadian yang berlaku di Jalan Petanak, Kuching.

Menurut kenyataan itu, mangsa merupakan seorang lelaki berusia 51 tahun yang turut bekerja sebagai operator kren dan berasal dari Kampung Praya, Pedawan.

“Kerja-kerja mengeluarkan mayat mangsa dilakukan hasil kerjasama pasukan bomba dan kontraktor bagi membuat kerja-kerja mengorek daripada bawah disebabkan kren berkenaan tidak dapat ditarik untuk diletakkan seperti di kedudukan asal.

“Usaha mengeluarkan mangsa diteruskan lagi dengan bantuan dua buah jentera jengkaut bertujuan mengorek dan menstabilkan kren bagi mengeluarkan serpihan anggota mangsa,” katanya.

Jelasnya, mayat mangsa telah berjaya dikeluarkan dari lokasi kejadian pada pukul 10.20 malam dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI