fbpx
Anggota Bomba sedang melakukan operasi menyelamat di kawasan tanah runtuh.

[KEMASKINI]: Kenderaan tertimbus dalam runtuhan tanah dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH –  Pasukan penyelamat berjaya mengesan kedudukan lori yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kilometer 27.1, Jalan Simpang Pulai-Blue Valley sekitar pukul 5 petang tadi.

Usaha mengeluarkan mangsa sedang dijalankan oleh Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak.

Laluan FT 185, Jalan Simpang Pulai-Blue Valley di sini ditutup untuk semua jenis kenderaan berikutan kejadian tanah runtuh sekitar pukul 1.44 petang.

Berita berkaitan: Laluan ke Cameron Highlands ditutup untuk semua kenderaan

Kejadian runtuhan tanah sepanjang 100 meter dipercayai ekoran hujan berterusan yang menyebabkan hakisan tanah. -K! ONLINE.

POPULAR