fbpx

Intan Najuwa kini siswa undang-undang!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERKONGSIAN Intan Najuwa tentang statusnya yang kini bergelar pelajar.

SEJAK akhir-akhir ini, kerap Mizz Lahar ternampak perkongsian InstaStory pelakon genit Intan Najuwa mengenai rutinnya sebagai seorang pelajar.

Pelik juga mengapa sebagai pelajar, rupa-rupanya pelakon drama Tuan Danial itu sedang sibuk menyambung pengajian peringkat asasi dalam jurusan undang-undang sebuah kolej di Singapura.

Persoalan ramai tersebut terungkai selepas Intan menjawab soalan daripada salah seorang pengikut Instagramnya baru-baru ini.

“Adakan awak sedang menyambung pengajian dalam bidang undang-undang?” soal seorang pengguna Instagram berkenaan.

Jawab Intan: “Ya, saya kini menyambung pengajian peringkat asasi dalam jurusan undang-undang di sebuah kolej BAC Singapura. Saya sudah separuh mati kerana bekerja dan belajar setiap hari.”

Mungkin Intan mengikuti kelasnya secara dalam talian. Bukan mudah ya menjadi pelajar dan pelakon dalam masa yang sama. Mizz Lahar tabiklah.

MIZZ LAHAR: Naik simpati terhadap pelakon Rita Rudaini, tak habis-habis memerli golongan provaksin! Kalau tak nak, boleh diam tak?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI