fbpx

Duopharma Biotech tingkat kesedaran tentang autisme

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEONARD ARIFF (tiga dari kiri) bersama Megat Ahmad Shahrani pada sesi penyerahan sumbangan di Kuala Lumpur semalam.

PETALING JAYA – Duopharma Biotech Berhad (Duopharma Biotech) telah menyumbang sebanyak RM81,890 kepada Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (Nasom) bagi menyokong usaha memupuk kesedaran mengenai autisme.

Pengarah Urusan Kumpulan Duopharma Biotech, Leonard Ariff Abdul Shatar berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak RM50,000 telah dikumpulkan menerusi kempen Kasihi Autisme Bersama Champs dan RM31,890 pula dikumpulkan daripada hasil jualan karya seni kanak-kanak autisme.

“Duopharma Biotech menerusi jenama Champs gembira kerana dapat bekerjasama dengan Nasom dalam usaha memupuk kesedaran dan penerimaan autisme dalam kalangan orang ramai.

“Setelah berada di dalam pasaran Malaysia selama lebih 35 tahun dan membina reputasi sebagai jenama suplemen kesihatan kanak-kanak yang terkemuka, Champs sememangnya komited dalam menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan bagi semua kanak-kanak.

“Kami gembira kerana dapat menyokong usaha Nasom dalam menghulurkan bantuan kepada kanak-kanak autisme dan keluar­ga mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersempena majlis penyerahan cek kepada Presiden Nasom, Datuk Megat Ahmad Shahrani Megat di Kuala Lumpur semalam.

Selain itu, Leonard Ariff me­nerangkan, pada tahun ini pihaknya turut mengembangkan usaha mengumpul dana dengan menambah jualan karya seni yang dihasilkan oleh kanak-kanak autisme.

Seni terbukti menjadi salah satu alat intervensi yang sangat positif untuk golongan kanak-kanak ini, yang membolehkan mereka meluahkan buah fikiran dan perasaan secara bebas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI