fbpx

Dua beranak lemas ketika pukat udang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat dua beranak yang mati lemas di perairan Kota Kuala Muda pada pagi ini.

SUNGAI PETANI – Dua beranak mati lemas ketika memukat udang di perairan Kota Kuala Muda berhampiran persisiran Kampung Tepi Sungai pada pagi ini.

Mayat mangsa, Mohamad Ariffie A. Razak, 68, dan Zulhusni, 29, ditemui nelayan lain kira-kira pukul 10.30 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah memberitahu, kedua-dua mangsa turun ke laut untuk memukat udang pada pukul 7 pagi ini.

“Seorang saudara mereka mengesyaki mangsa berusia 29 tahun diserang sawan dan terjatuh ke dalam laut sebelum bapanya cuba menyelamatkannya.

“Kedua-dua mangsa bagaimanapun mati lemas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, mayat mangsa dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Sultan Abdul Halim di sini dan bedah siasat akan dijalankan pada esok.

“Kematian dipercayai tiada unsur-unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN